Friday, 25 October 2013

Pengenalan

Assalamualaikum...

Perniagaan online kini mendapat sambutan hangat. Maka terlahirlah juga akhirnya urusan perniagaan makanan dan kain. Pada mulanya perniagaan ini dimulakan dengan melalui Facebook.

Elly Collections melangkah lebih jauh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Selain makanan dan kain-kain sulaman terdapat juga perkhidmatan menjahit langsir, membuat dan membaiki tudung serta pelbagai bentuk cenderahati seperti mug,T-shirt,topi,tuala,key chain dan sebagainya.

Elly Collections juga menyediakan asrama dan kemudahan sewa kereta kepada pelajar-pelajar IPT di sekitar Jeli yang terdiri dari Politeknik Jeli dan Universiti Malaysia Kelantan dengan harga berpatutan.  Dalam perancangan Elly Collections ialah dengan tertubuhnya sebuah koperasi keluarga yang akan menjalankan pelbagai perkhidmatan dan menguruskan Elly Collections untuk terus ke hadapan. Selain itu Elly Collections juga merancang membuka sebuah restoran rimba/taman di Tanah seluas 1 1/2 ekar milik keluarga di Kuala Berang, Terengganu.  Insyaallah semua ini adalah satu aktiviti berterusan dalam koperasi keluarga untuk menjana pendapatan.

[blog ini masih dalam pembinaan]

No comments:

Post a Comment